Pada 7 April 2023, Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju dengan pelaksanaan Inisiatif Kampung Digital sebagai satu langkah progresif dalam memodenkan komuniti kampung di negeri ini. Inisiatif ini diperkenalkan selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kemajuan sosial, ekonomi dan teknologi di kalangan penduduk kampung.
Inisiatif Kampung Digital dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas dan berstruktur di kalangan penduduk kampung. Ini akan membawa manfaat kepada penduduk kampung dalam aspek pengurusan, penghantaran, dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan alamat rumah. Kelebihan Initiatif Kampung Digital juga akan mendapat data perangkaan mengenai jumlah rumah sebenar di Negeri Melaka dan juga sempadan kampung yang sebenar.
Setiap premis di kampung akan diberikan QR-Code iaitu alamat rumah mereka yang hanya perlu diimbas menggunakan telefon pintar untuk ke maklumat rumah di laman Portal Kampung Digital. Selain daripada itu terdapat juga maklumat seperti nombor kod unik premis, alamat penuh, nama mukim, nombor lot rumah, link lokasi rumah dan alamat lama yang digunakan boleh dicapai melalui QR-Code tersebut.